About

Tuesday, June 5, 2012

PELABURAN EMAS MENGUNTUNGKAN

Assalamualaikum  dan  Salam  Satu  Ummah  untuk  semua  Warganegara  Malaysia......

Mesti semua orang tahu pasal emas kan?? Tipu sangat kalau tak tahu!!!

Kenapa Emas menjadi simbol kekayaan manusia??

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.



Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, "emas hanya logam"
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, "emas sangat-sangat bernilai"
Kata nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)"
Kata orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana"
Kata pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu"
Jadi, anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya...maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah:
1.          Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
2.          Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
3.          Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
4.          Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
5.          Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
6.          Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
7.          Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008) 
8.          Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
9.          Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
10.       Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
11.       Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
12.       Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
13.       Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
14.       Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
15.       Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
16.       Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
17.       Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
18.       Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
19.       Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
20.       Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
21.       Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
22.       Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
23.       Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
24.       Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
25.       Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
26.       Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
27.       Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
28.       Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
29.       Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
30.       Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru



Hebatkan kalau ada emas kat tangan??



Tun Mahathir pon suruh kita simpan emas!! Takyahlah nak berpolitik sangat tentang benda ni!! Betul apa!! emas ni memang menjamin masa depan kita. Kita pun tak tahu bila kita hidup senang dan bila kita hidup susah.Jadi fikir-fikirlah!!




                                   Dragon gold coin 1g 



                                                Dinar rabbani


                                   Kangroo 1/10 oz 1997vs2012


  
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan emas sebagai cagaran masa hadapan anda boleh berurusan dengan saya:

Nama: Muhd Izzuddin 

No Telefon:0143458995

Facebook:Emas

Email:jahatnyakamu@gmail.com

(Penguguman: Perniagaan ini adalah sah dan tiada penipuan)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More